seiring dengan maksud hijrah itu sendiri yang membawa makna berpindah atau berubah..oleh itu dengan kesempatan dan ruang yang ada diharapkan kita semua berdoa untuk meninggalkan tahun yang lalu dan menyambut doa tahun yang baru semoga detik yang mendatang membawa syafaat dan taufiqNya untuk mendorong kita semua meniti di atas kebenaran...
usahlah terlalu mendongak tinggi,,yang pasti akan jatuh jua..toleh kebelakang untuk dijadikan tauladan dan pengalaman yang lalu boleh dijadikan landasan untuk memperbaiki perjalanan hidup supaya lebih bermakna dan merasai kenikmatannya..
bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyambut sambutan tahun baru di kampung Pulau Melaka...kampung halaman yang sudah sekian lama tidak ku jengah walaupun telah lama bercuti kerana meluangkan masa cuti terlebih dahulu bersama nenek di kampungnya...
p/s: semoga mendapat kerahmatan dan nikmatnya...
yang baik berubah menjadi lebih baik dan seterusnya menjadi cemerlang...