Wednesday, June 3, 2009

persoalan...

Melayu Oh Melayu...
apakah kita sudah semakin layu? di mana pejuang kita? di mana kedudukan kita?

Sekarang pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat kita khususnya yang menerima tempias masalah tersebut. Penduduk (Melayu sebagai peribumi) semakin ditindas secara senyap dan perlahan-lahan walaupun kita mempunyai pemimpin yang berwibawa(kononnya lah). Petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''

Pemimpin pun satu hal jugak. Macam biskut, kejap ada kejap tiada. Sebagai contoh apabila tibanya musim atau demam pilihan raya, semua pemimpin di pelbagai peringkat akan turun dan menunjukkan muka di kalangan masyarakat. Nak tunjuk bahawasanya mereka buat keje la. Tapi setelah selesai pilihan raya, semua macam tin kosong. Bunyi je kuat tapi isi dalam kosong..renung-renunglah wahai bakal pemimpin nusa bangsa..

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain????? (jangan mudah terasa tetapi fikirkanlah)

Sekarang kita dikejutkan dengan pelbagai isu yang boleh menyentuh sanubari perasaan setiap masyarakat khususnya kaum-kaum di Malaysia (Tanah Melayu). Antaranya adalah isu tentang pembahagian biasiswa kerajaan, isu menghadkan pengambilan matapelajaran dalam SPM, dan selsema babi. Adakah kita sedar bahawa isu-isu ini semua mempunyai kesannya sendiri terhadap kita. Adakah kita masih leka dengan kemakmuran yang kita kecapi sekarang. Adakah kita rasa bahawa kemedekaan yang kita jaga ini akan kekal sampai bila-bila.

Sebagai contoh isu menghadkan matapelajaran dalam SPM. Kerajaan ingin mengurangkan subjek wajib daripada ENAM (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Moral) kepada EMPAT subjek sahaja. Padahal subjek yang wajib sedia ada cukup mantap untuk mendidik pelajar kita mencapai apa yang termaktud dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Adakah kita mahu generasi atau anak-anak kita hanya bijak semata-mata tanpa mempunyai pegangan asas yang kuat sebagai jati diri. Kemajuan teknologi dan peredaran masa juga mahu kita ikuti tetapi janganlah kita meninggalkan yang asas.

Jika mengurangkan subjek teras kepada empat sahaja (kemungkinan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains), Kementerian Pelajaran seolah-olah telah terlepas satu peluang untuk membaja jiwa pelajar-pelajar agar lebih patriotik. Ini kerana usia muda di zaman persekolahan inilah merupakan tempoh terbaik untuk mendidik kalangan anak-anak ini dengan aspek kecintaan terhadap negara dan jati diri yang tinggi. Ia ibarat melentur buluh sewaktu di peringkat rebung. Pendidikan Islam/moral wajib dinaik tarafkan dan diberi penekanan yang sewajarnya kerana dengan didikan agama dapat membantu anak-anak mencorak kehidupan akan datang. Jika goyahnya pegangan agama maka hancurlah tamadun masyarakat sesuatu tempat.

Alasan kerajaan dalam isu ini adalah ingin menyeragamkan semua dan memudahkan pemilihan untuk pembahagian biasiswa. Adakah ini semua mempunyai agenda tersendiri atau memberi kebaikan kepada kita? Ataupun alasan itu hanya semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan dalam sistem pembahagian biasiswa. Ataupun terdapat banyak karenah atau amalan rasuah dalam pentadbiran? sama-sama kita renungkan. Kita jangan mudah melenting dan marah-marah tetapi turut cuba membantu dengan mencurahkan pandangan dan idea yang bernas pengalaman yang dimiliki.

2 comments:

  1. waaahhh....isu ini sgt matang...

    ReplyDelete
  2. bese r cucit..
    kne la follow isu smasa skit..
    kite kn bakal TEACHER ;))

    ReplyDelete