Sunday, April 17, 2011

moga berjumpa lagi..

penanda buku untuk SKJH

kenangan dan pengalaman yang dikutip untuk pertama kali membuat pratikum di sekolah. suasana yang cukup berbeza untuk diri ini setelah mengalami beberapa fasa dalam kehidupan. dulu aku dididik dan diajar di dalam kelas namun kini aku berada di hadapan kelas untuk mendidik dan mengajara anak orang pula. orang kata waktu belajar lebih seronok berbanding waktu bekerja. tetapi bagi aku itu semua ada kelebihan dan kekurangannya. setiap orang melalui pengalaman yang berbeza. itulah warna-warni sebuah perjalanan seorang insan di atas buana ini.


p/s~kembali habitat asal bermula 18042011...

selamat maju jaya

Thursday, April 7, 2011

kelegaan tapi masih berbaki

sudah hampir 3 minggu aku berkhidmat di sekolah untuk fasa pratikum yang pertama untuk tahun ini..terasa cepat masa berlalu pergi tanpa memberi amaran dan petanda..masa untuk menemuiNYA pun kian dekat..pelbagai bencana dan tragedi yang tidak dijangkakan berlaku.. itulah kekuasaan Yang Maha Kuasa..aduss amalan makin kurang..adakah kesibukkan diri ini membuatkan diri ni makin suram dengan surau atau amalan lain..hal ini perlu dipebaikki dan ditingkatkan..mulut berkata senang tapi badan yang melakasanakanya memerlukan kekuatan melawan nafsu..

seminggu je lagi masa untuk kucurahkan bakti pada anak Malaysia di bumi SK Jalan Hamilton..guru-guru dan pihak pentadbiran masih lagi ku tidak kenali dengan rapat tetapi mesra dan mudah berbicara belaka...itulah yang membuatkan diri ini terasa dihargai dan kehadiranku itu dirasai semua..

harapan untuk fasa pratikum yang akan datang di semester enam nanti akan dihantarkan ke sekolah berbeza pula untuk aku menikmati penglaman yang lain pula..bak kata orang lain padang lain belalangnya..

*membuat sesuatu perlulah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan kecuali balasan dari ALLAH swt.

Sunday, April 3, 2011

ketenangan....

Alhamdulillah syukur padaNYA kerana selamat melalui 2minggu masa berpratikum di Sekolah Kebangsaan Jalan Hamilton yang merupakan destinasi pertama aku untuk mencurahkan bakti dalam musim berpratikum...masih lagi berbaki 2 minggu sahaja lagi..terasa cepat masa berlalu...kalau diikutkan hati masa mula-mula menjejakkan kaki di sekolah itu seolah-olah lambatnya masa berlalu untuk habis masa berpratikum ini...ini disebabkan pelbagai andaian dan tanggapan yang posotif atau negetif berkecamuk dalam benak fikiran...mana tidaknya ini merupakan yang pertama...sekolah pula yang terletak di kawasan bandar yang metropolitan dan pelajar-pelajarnya maju dan bijak-bijak...jadi gurunya perlulah lebih daripada mereka..kalau tidak alamaknya bungkuslah jadinya...

Pelbagai pengalaman dilalui dan ditimba sama ada melalui pemerhatian atau perkongsian ilmiah melalui guru-guru senior di sekolah..orang kata pengalaman itu adalah guru yang terbaik...setiap jiwa pasti berbeza walaupun sama profesionna...itulah warna-warninya...jika tiada warna maka suram buana ini...semua menjadi linear tanpa tiada kuadratik...

Semoga 2 mingggu akan datang dapat ditempuhi dengan hati yang tenang dan meninggalkan memori yang indah dalam benak kalbu...sesungguhnya pelajar kelas 4 Bestari yang aku ajar subjek Matematik sungguh sporting dan bijak...mereka suka berinteraksi dan berkomunikasi dalam kelas dan membuatkan sesi PnP menjadi meriah...namun sekali sekala aku kene bertindak tegas sedikit supaya tidak melampau batasan normal peraturan sekolah...5 Amanah dan 5 Cekal aku diberi punca kuasa(kata-kata GB aku) mengendalikan kelas PJK....mual-mula tu mereka kekok dengan kaedah yang aku gunakan kerana berbeza dengan kaedah yang diketengahkan oleh guru mereka sebelum ini..namun perlahan-lahan ditarik minatnya dan perhatiannya supaya dapat menarik minat mereka...sekarang ini mereka tidak sabar pula menanti waktu kelas PJK....

*RPH dan ABM jangan diabaikan....
**SELAMAT MAJU JAYA..

IKHLASKAN DIRI UNTUK MENDIDIK ANAK BANGSA MALAYSIA