Thursday, April 7, 2011

kelegaan tapi masih berbaki

sudah hampir 3 minggu aku berkhidmat di sekolah untuk fasa pratikum yang pertama untuk tahun ini..terasa cepat masa berlalu pergi tanpa memberi amaran dan petanda..masa untuk menemuiNYA pun kian dekat..pelbagai bencana dan tragedi yang tidak dijangkakan berlaku.. itulah kekuasaan Yang Maha Kuasa..aduss amalan makin kurang..adakah kesibukkan diri ini membuatkan diri ni makin suram dengan surau atau amalan lain..hal ini perlu dipebaikki dan ditingkatkan..mulut berkata senang tapi badan yang melakasanakanya memerlukan kekuatan melawan nafsu..

seminggu je lagi masa untuk kucurahkan bakti pada anak Malaysia di bumi SK Jalan Hamilton..guru-guru dan pihak pentadbiran masih lagi ku tidak kenali dengan rapat tetapi mesra dan mudah berbicara belaka...itulah yang membuatkan diri ini terasa dihargai dan kehadiranku itu dirasai semua..

harapan untuk fasa pratikum yang akan datang di semester enam nanti akan dihantarkan ke sekolah berbeza pula untuk aku menikmati penglaman yang lain pula..bak kata orang lain padang lain belalangnya..

*membuat sesuatu perlulah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan kecuali balasan dari ALLAH swt.

No comments:

Post a Comment