Wednesday, August 18, 2010

coretan hari ke-7

alhamdulillah dapat juga selesai ibadat puasa untuk hari yang ke 7..
banyak dugaan dan rezeki yang ALLAH swt limpahkan pada hambanya..hanya kesyukuran yang dapat diungkapkan melalui patahan kata serta ibadat yang mampu untuk membalas kenikmatanNYA..

entah mengapa badan ini berasa tidak bermaya terutama bahagian bahu.letih.penat.mungkin kepenatan semasa menjalani 'micro teaching' Pendidikan Jasmani.tu la bermain seperti tidak ingat diri tu puasa.nak buat macamnana diri sediakala bermain.tetapi dalam bulan puasa ni terpaksa tangguh aktiviti bermain di waktu petang..petang tadi rasa nak lena seperti kawan-kawan lain dan mencari bantal dan tilam untuk melepaskannya kepenatan tu.namun tugasan yang diamanahkan membataskannya.berkejaran sana sini padahal kerja tidaklah seteruk mana untuk dibandingkan dengan orang lain.memang masa amat terbatas apabila kita mempunyai komitmen.seolah-olah tidak cukup masa 24 jam sehari.

syukur alhamdulillah segala persiapan untuk program pagi esok selesai jua.esok merupakan pelancaran Bulan Kemerdekaan Kee 53 peringkat IPGKPP 2010.semoga segala perancangan berjalan lancar yang diketuai oleh saudara Zuhasnan.jawatankuasa Tertingi pun sama terlibat petang dalam memantau perjalanan raptai persembahan pelajar.

hari ni berbuka di Surau Alfalah.Jabatan Hal Ehwal Pelajar giliran menyediakan juadah berbuka hari ini.makanan sedap.suasana meriah dan kelam-kabut sedikit pada peringkat awal penyediaan kerana pihak katering menghantar lewat dalam pukul 6.30 petang (boleh dikatakan lewat). mujur ramai yang hadir membantu.jika tidak lewat lah berbuka tadi.tetamu yang hadir melebihi bajet tetapi rezeki Allah ada di mana-mana.semua dapat menikmati walaupun tidak semewah berbuka di rumah sendiri bersama keluarga.terawih di Masjid Negeri yang menjadi tempat kegemaranku.suasana yang aman dan bacaan Imam lunak serta mengusyukkan..

esok kene bangun awal untuk mop lantai gelanggara.hujan renyai tidak henti-henti lagi ni..
harap esok cuaca mengizinkan untuk menjayakan program tersebut....daaaaaaaaaaaaa

Saturday, August 14, 2010

Permulaan bulan Ramadhan

assalamualaikum...

alhamdulillah syukurnya pada ALLAH swt kerana dapat jua aku meluangkan secebis masa untuk mencoret serba sedikit dalam blog yang telah lama ku tinggalkan ini. mungkin kesempatan masa yang membataskan jari-jari ini untuk menaip patah kata. mngkin di lain hari memerlukan perancangan masa yang lebih baik selari dengan perancangan sebuah perjalanan satu kehidupan.

Pejam celik akhirnya kita kembali sekali lagi di bulan Ramadhan yang mempunyai infiniti kenikmatan dan keberkatannya. lantaran itu kesempatan dan peluang yang ada amat sesuai untuk membaiki dan mentarbiahkan diri yang serba kekurangan. amalan kurang tetapi dosa terlalu banyak rasanya menimpa pada diri ini. harapnya Ramadhan kali ini memberi makna yang mendalam dalam mengutuhkan keimanan diri ini.

Rezeki dalam bulan ini amat murah sekali. ke mana saja kaki ada saja rezeki yang terhidang. yang hafiz al-quran dapat mengimani jemaah untuk solat tarawih, peniaga pula dapat menambahkan pendapatan hariannya, pelajar pula dapat meringankan pembelanjaan harian dengan menghadiri majlis berbuka di surau atau di masjid. di pulau pinang ini boleh dikatakan hampir semua masjid dan surau mengadakan majlis berbuka puasa. ramai sungguh dermawan di bumi mutiara ini. tempat yang selalu aku kungjungi adalah di masjid negeri pulau pinang. setiap hari ada majlis berbuka dan bersahur. yang penting adalah morehnya selepas tarawih rakaat yang ke 8. klu ada rezeki dapat la merasa pelbagai jenis kuih-muih. selain itu surau al-falah ditempat aku belajar ada juga mengadakan majlis berbuka seperti kebiasaannya. tapi pada kali ini meriah sedikit dengan bertambahnya bilangan pelajarnya sehingga pihak pengurusan menempah khemah. yang akhwat berbuka di atas manakala ikhwan di bawah khemah. makanan pula dimasak sendiri oleh warga IPGKPP sendiri. sama-sama bergotong-royong mengupas bawang,mengoreng,membasuh dan menyiapkan tempat berbuka. aku menjegak selepas waktu asar kebiasaanya. maklumlah balik kelas terus cari tilam..:)

pengalaman bertarawih ada manisnya juga. hari pertama hingga ke-3 di masjid negeri. hari yang ketiga pengalaman yang tidak dapat dilupakan. balik dalam keadaan hujan lebat. sakit muka ni menahan titisan besar air hujan. dah la tidak pakai topi keledar. hanya pakai kopiah dan serban ja. teringat masa kecil bermain hujan tetapi kali ini main hujan di waktu malam. kalau ummi aku ada masa ni mesti membebel atau 'mengepek' sampai penuh empat bakul. hari ke-4 di surau al-gajus sebab hujan lebat beserta kilat dan petir. tak dapat kuar ke mana-mana.

blok gajus jadi sunyi sepi hujung minggu ini. ramai yang balik berpuasa di kampung bersama keluarga. tinggal beberapa kerat je asal jauh. jauh sangat ke kelantan tu.huhu. aku tidak balik sebab ingin menyiapkan tugasan yang berlambak-lambak aku tidak selesaikan lagi. asyik ketinggalan dalam kelas. insyallah kalau tiada aral melintang aku akan balik dengan DBJ pada 4 hb 9 dimana kami semua mula bercuti. dpat juga berpuasa di rumah. kali ini IPGKPP membenarkan permohonan cuti dilanjutkan sampai 19 hb 9.. 2 minggu aku bercuti di rumah.

p/s: Selamat Menyambut Ramadhan Dan Berpuasa kepada semua yang berada luar atau dalam negara..semoga dapat menempuhi ujian ramadhan kali ini dengan tabah dan redha..:)



Bunga rasmi MALAYSIA
sempena sambutan hari KEMERDEKAAN KE-53