alhamdulillah dapat juga selesai ibadat puasa untuk hari yang ke 7..
banyak dugaan dan rezeki yang ALLAH swt limpahkan pada hambanya..hanya kesyukuran yang dapat diungkapkan melalui patahan kata serta ibadat yang mampu untuk membalas kenikmatanNYA..
entah mengapa badan ini berasa tidak bermaya terutama bahagian bahu.letih.penat.mungkin kepenatan semasa menjalani 'micro teaching' Pendidikan Jasmani.tu la bermain seperti tidak ingat diri tu puasa.nak buat macamnana diri sediakala bermain.tetapi dalam bulan puasa ni terpaksa tangguh aktiviti bermain di waktu petang..petang tadi rasa nak lena seperti kawan-kawan lain dan mencari bantal dan tilam untuk melepaskannya kepenatan tu.namun tugasan yang diamanahkan membataskannya.berkejaran sana sini padahal kerja tidaklah seteruk mana untuk dibandingkan dengan orang lain.memang masa amat terbatas apabila kita mempunyai komitmen.seolah-olah tidak cukup masa 24 jam sehari.
syukur alhamdulillah segala persiapan untuk program pagi esok selesai jua.esok merupakan pelancaran Bulan Kemerdekaan Kee 53 peringkat IPGKPP 2010.semoga segala perancangan berjalan lancar yang diketuai oleh saudara Zuhasnan.jawatankuasa Tertingi pun sama terlibat petang dalam memantau perjalanan raptai persembahan pelajar.
hari ni berbuka di Surau Alfalah.Jabatan Hal Ehwal Pelajar giliran menyediakan juadah berbuka hari ini.makanan sedap.suasana meriah dan kelam-kabut sedikit pada peringkat awal penyediaan kerana pihak katering menghantar lewat dalam pukul 6.30 petang (boleh dikatakan lewat). mujur ramai yang hadir membantu.jika tidak lewat lah berbuka tadi.tetamu yang hadir melebihi bajet tetapi rezeki Allah ada di mana-mana.semua dapat menikmati walaupun tidak semewah berbuka di rumah sendiri bersama keluarga.terawih di Masjid Negeri yang menjadi tempat kegemaranku.suasana yang aman dan bacaan Imam lunak serta mengusyukkan..
esok kene bangun awal untuk mop lantai gelanggara.hujan renyai tidak henti-henti lagi ni..
harap esok cuaca mengizinkan untuk menjayakan program tersebut....daaaaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment