Sunday, March 20, 2011

papan hitam dan kapur air...

hari esok (untuk Kedah, Terenggani dan Kelantan hari ini) bakal mencoret episod baru buat guru-guru pelatih seluruh Malaysia (IPG je ok) yang berada di semester lima...masing-masing tidak sabar untuk laluinya....


aku doakan rakan-rakan sekalian semoga dapat menempuhi dengan baik dan tenang...
jaga diri dan tingkah laku...
kawalan murid mesti diutamakan...
penyampaian ilmu ikhlas...
mesra dan ringan tulang...:)

selalulah bermohon kepadaNYA jika berada dalam kekusutan atau tidak...
sesungguhnya ALLAH itu bersifat AL-WAHHAB (MAHA PEMBERI)...

nota kaki:
sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain
(riwayat al-Baihaqi)

Thursday, March 17, 2011

mungkin dah tiba masanya...

cuti seminggu bakal berakhir...minggu hadapan bakal bermula episod seorang guru pelatih yang akan bakal diuji kemampuannya di sekolah selama sebulan...deruan darah gemuruh dapat dirasai segenap tubuh yang dilaluinya...hormon dan neuron pun masih tidak stabil...aduhai mungkin sudah tiba masanya..orang lain sudah merasainya..banyak komen dan nasihat yang diluahkan untuk dijadikan pedoman aku di sekolah nanti..maklumlahkan pengalaman pertama masuk kelas secara rasmi dengan memegang Buku Rancangan Mengajar Harian yang merupakan lesen besar untuk mengajar..jika tiada benda tu alamaknya hukuman sivil bakal dijatuhkan....semoga aku da rakan-rakan dapat lalui tempoh ujian itu dengan baik..insyallah

itu cerita hal yang akan datang...seminggu aku bercuti di kampung halaman pada kali ini membawa pengalaman yang baru...kejutan berlaku pada awal cuti setelah menjejak kaki di halaman rumah...ingatkan kejadian apa yang telah menimpa..almaklumlah perjalanan yang jauh dan penat pun tidak tertunai lagi di atas katil...sanak-saudara dari jauh ramai di rumah...ak buat tidak kisah je pada awalnya...mungkin mereka saje2 datang melawat atau berkumpul ramai2...
setelah semua duduk berkumpul ramai2 di ruang tamu, bermulalah episod cerita disebalik tabir tirai mahligai..hehehee...baru ku tahu bahawa adik kedua aku bakal dipinang orang keesokkan harinya iaitu pada hr ahad bersamaan 13-03-2011...fuhhh selamat..ingatkan aku yang dipinangkan..hahhhaaa..bakal menjadi merangkap adik ipar ak tu adalah senior sekolah maahad ak dulu..kiranya tua setahun dari ak tapi tetap menjadi adik ipar..hehhe...terkejut dan tersenyum sendiri apabila mendengar namanya disebut...ada cerita disebalik budak itu dengan ak....biarlah ia menjadi sejarah...
belanja besar jugak untuk majlis kahwin-mengahwin niii...

jika diikutkan giliran sepatutnya abang yang sulung didahulukan namun apakan daya jodoh adik lebih awal..bagi laluan siaran langsung kepada adik-adik dahulu..ada 5 lagi di bawah...hehhee...itu semua tentuan Yang Maha Esa..kita yang merancang,Allah yang memakbulkannya...

semoga ikatan yang terbina terus kekal dan mekar dilandasan yang diredhaiNYA

kepada saudara-saudaraku diluar sana yang sudah mempunyai kemampuan dan orang yang dihajatinya percepatkan urusanmu untuk menyuntingnya melaui jalan yang baik..jika tidak berpuasalah mengikut saranan Rasulullah saw...

~wasalam~


Thursday, March 3, 2011

Pulau Aman di hujung minggu

Pulau Aman merupakan salah sebuah pulau kecil yang terletak dalam peta negeri pulau mutiara...penduduk tidak terlalu ramai yang majoriti bekerja sebagai nelayan..suasana yang nyaman dan kekampungan mengingatkan aku pada kampung halaman..hutan yang masih belum diratah untuk pembangunan..mungkin menjadi hak peliharaan kerajaan untk mengekalkan ekosistem supaya menjadi seimbang...perjalanan ke sana perlu menaiki bot yang memakan masa hanya 10 minit (lebih kurang)..kami terdiri daripada 9 orang guru pelatih PISMP dan 3 orang kakak KPLI mengikuti konvoi kecil ke destinasi Pulau Aman...terdapat sebuah sekolah rendah di sana namun sekolah tersebut tersohor dengan pasukan sepak takraw yang mewaikili sekolah ke pelbagai peringkat..TAHNIAH pelajar dan guru di sana..


berkonvoi beramai-ramai..ingat jagan tiru aksi begini!!!


bergambar kenangan di pintu gerbang sebelum memijak tanah di Pulau Aman

menuruni anak tangga di jeti untuk menaiki bot Pualau Aman

aksi Ridhuan melempar joran..ikan sekor pun xdapat..huhuhu

insyallah dalam perancangan akan adakan lagi aktiviti berkumpulan untuk memenuhi masa dihujung minggu...sekarang minat teralih kepada alam semula jadi pula..sifat ingin meneroka dan ingin tahu alam flora semakin meningkat kerana negara kita kaya dengan alam semula jadi..semakin hari semakin berkurangan rizab hutan kita..banyak haiwan liar keluar dari habitat asal...penerokaan yang tidak terkawal akan membawa musibah kepada kita dan generasi yang akan datang jua (jika diberi kesempatan untuk hidup lama)..oleh itu sayangilah alam sekitar dan hutan kita..PEACE NO WAR!!!


HIDUP DALAM DUNIA SALING LENGKAP-MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN...fahamilah perasaan diri anda dan orang sekeliling....open your eyes and see your surrounding..;)



p/s terima kasih kepada kak fini dan kak wawa yang sudi tangkap gambar kami....