Thursday, March 17, 2011

mungkin dah tiba masanya...

cuti seminggu bakal berakhir...minggu hadapan bakal bermula episod seorang guru pelatih yang akan bakal diuji kemampuannya di sekolah selama sebulan...deruan darah gemuruh dapat dirasai segenap tubuh yang dilaluinya...hormon dan neuron pun masih tidak stabil...aduhai mungkin sudah tiba masanya..orang lain sudah merasainya..banyak komen dan nasihat yang diluahkan untuk dijadikan pedoman aku di sekolah nanti..maklumlahkan pengalaman pertama masuk kelas secara rasmi dengan memegang Buku Rancangan Mengajar Harian yang merupakan lesen besar untuk mengajar..jika tiada benda tu alamaknya hukuman sivil bakal dijatuhkan....semoga aku da rakan-rakan dapat lalui tempoh ujian itu dengan baik..insyallah

itu cerita hal yang akan datang...seminggu aku bercuti di kampung halaman pada kali ini membawa pengalaman yang baru...kejutan berlaku pada awal cuti setelah menjejak kaki di halaman rumah...ingatkan kejadian apa yang telah menimpa..almaklumlah perjalanan yang jauh dan penat pun tidak tertunai lagi di atas katil...sanak-saudara dari jauh ramai di rumah...ak buat tidak kisah je pada awalnya...mungkin mereka saje2 datang melawat atau berkumpul ramai2...
setelah semua duduk berkumpul ramai2 di ruang tamu, bermulalah episod cerita disebalik tabir tirai mahligai..hehehee...baru ku tahu bahawa adik kedua aku bakal dipinang orang keesokkan harinya iaitu pada hr ahad bersamaan 13-03-2011...fuhhh selamat..ingatkan aku yang dipinangkan..hahhhaaa..bakal menjadi merangkap adik ipar ak tu adalah senior sekolah maahad ak dulu..kiranya tua setahun dari ak tapi tetap menjadi adik ipar..hehhe...terkejut dan tersenyum sendiri apabila mendengar namanya disebut...ada cerita disebalik budak itu dengan ak....biarlah ia menjadi sejarah...
belanja besar jugak untuk majlis kahwin-mengahwin niii...

jika diikutkan giliran sepatutnya abang yang sulung didahulukan namun apakan daya jodoh adik lebih awal..bagi laluan siaran langsung kepada adik-adik dahulu..ada 5 lagi di bawah...hehhee...itu semua tentuan Yang Maha Esa..kita yang merancang,Allah yang memakbulkannya...

semoga ikatan yang terbina terus kekal dan mekar dilandasan yang diredhaiNYA

kepada saudara-saudaraku diluar sana yang sudah mempunyai kemampuan dan orang yang dihajatinya percepatkan urusanmu untuk menyuntingnya melaui jalan yang baik..jika tidak berpuasalah mengikut saranan Rasulullah saw...

~wasalam~


1 comment: