Pulau Aman merupakan salah sebuah pulau kecil yang terletak dalam peta negeri pulau mutiara...penduduk tidak terlalu ramai yang majoriti bekerja sebagai nelayan..suasana yang nyaman dan kekampungan mengingatkan aku pada kampung halaman..hutan yang masih belum diratah untuk pembangunan..mungkin menjadi hak peliharaan kerajaan untk mengekalkan ekosistem supaya menjadi seimbang...perjalanan ke sana perlu menaiki bot yang memakan masa hanya 10 minit (lebih kurang)..kami terdiri daripada 9 orang guru pelatih PISMP dan 3 orang kakak KPLI mengikuti konvoi kecil ke destinasi Pulau Aman...terdapat sebuah sekolah rendah di sana namun sekolah tersebut tersohor dengan pasukan sepak takraw yang mewaikili sekolah ke pelbagai peringkat..TAHNIAH pelajar dan guru di sana..
aksi Ridhuan melempar joran..ikan sekor pun xdapat..huhuhu
insyallah dalam perancangan akan adakan lagi aktiviti berkumpulan untuk memenuhi masa dihujung minggu...sekarang minat teralih kepada alam semula jadi pula..sifat ingin meneroka dan ingin tahu alam flora semakin meningkat kerana negara kita kaya dengan alam semula jadi..semakin hari semakin berkurangan rizab hutan kita..banyak haiwan liar keluar dari habitat asal...penerokaan yang tidak terkawal akan membawa musibah kepada kita dan generasi yang akan datang jua (jika diberi kesempatan untuk hidup lama)..oleh itu sayangilah alam sekitar dan hutan kita..PEACE NO WAR!!!
HIDUP DALAM DUNIA SALING LENGKAP-MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN...fahamilah perasaan diri anda dan orang sekeliling....open your eyes and see your surrounding..;)
p/s terima kasih kepada kak fini dan kak wawa yang sudi tangkap gambar kami....
No comments:
Post a Comment