Tuesday, August 2, 2011

coret-mencoret


salam Ramadhan diucapkan kepada semua umat Islam...Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan menerima ketibaan Ramadhan 1432H...

banyak dugaan yang mendatang dari pelbagai arah dan liku...kita sebagai umat Islam yang patuh dan beriman perlu mengahadapinya dengan hati yang tabah dan tenang...sesungguhnya ALLAH sentiasa disamping Hambanya yang beriman...:)

"pencanggahan yang timbul itu bukanlah kemaslahatan untuk umatNYA tetapi untuk memberi peluang dan ruang umatNYA untuk berfikir dan lebih mengeratkan hubungan sesama insan..."

Sunday, April 17, 2011

moga berjumpa lagi..

penanda buku untuk SKJH

kenangan dan pengalaman yang dikutip untuk pertama kali membuat pratikum di sekolah. suasana yang cukup berbeza untuk diri ini setelah mengalami beberapa fasa dalam kehidupan. dulu aku dididik dan diajar di dalam kelas namun kini aku berada di hadapan kelas untuk mendidik dan mengajara anak orang pula. orang kata waktu belajar lebih seronok berbanding waktu bekerja. tetapi bagi aku itu semua ada kelebihan dan kekurangannya. setiap orang melalui pengalaman yang berbeza. itulah warna-warni sebuah perjalanan seorang insan di atas buana ini.


p/s~kembali habitat asal bermula 18042011...

selamat maju jaya

Thursday, April 7, 2011

kelegaan tapi masih berbaki

sudah hampir 3 minggu aku berkhidmat di sekolah untuk fasa pratikum yang pertama untuk tahun ini..terasa cepat masa berlalu pergi tanpa memberi amaran dan petanda..masa untuk menemuiNYA pun kian dekat..pelbagai bencana dan tragedi yang tidak dijangkakan berlaku.. itulah kekuasaan Yang Maha Kuasa..aduss amalan makin kurang..adakah kesibukkan diri ini membuatkan diri ni makin suram dengan surau atau amalan lain..hal ini perlu dipebaikki dan ditingkatkan..mulut berkata senang tapi badan yang melakasanakanya memerlukan kekuatan melawan nafsu..

seminggu je lagi masa untuk kucurahkan bakti pada anak Malaysia di bumi SK Jalan Hamilton..guru-guru dan pihak pentadbiran masih lagi ku tidak kenali dengan rapat tetapi mesra dan mudah berbicara belaka...itulah yang membuatkan diri ini terasa dihargai dan kehadiranku itu dirasai semua..

harapan untuk fasa pratikum yang akan datang di semester enam nanti akan dihantarkan ke sekolah berbeza pula untuk aku menikmati penglaman yang lain pula..bak kata orang lain padang lain belalangnya..

*membuat sesuatu perlulah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan kecuali balasan dari ALLAH swt.

Sunday, April 3, 2011

ketenangan....

Alhamdulillah syukur padaNYA kerana selamat melalui 2minggu masa berpratikum di Sekolah Kebangsaan Jalan Hamilton yang merupakan destinasi pertama aku untuk mencurahkan bakti dalam musim berpratikum...masih lagi berbaki 2 minggu sahaja lagi..terasa cepat masa berlalu...kalau diikutkan hati masa mula-mula menjejakkan kaki di sekolah itu seolah-olah lambatnya masa berlalu untuk habis masa berpratikum ini...ini disebabkan pelbagai andaian dan tanggapan yang posotif atau negetif berkecamuk dalam benak fikiran...mana tidaknya ini merupakan yang pertama...sekolah pula yang terletak di kawasan bandar yang metropolitan dan pelajar-pelajarnya maju dan bijak-bijak...jadi gurunya perlulah lebih daripada mereka..kalau tidak alamaknya bungkuslah jadinya...

Pelbagai pengalaman dilalui dan ditimba sama ada melalui pemerhatian atau perkongsian ilmiah melalui guru-guru senior di sekolah..orang kata pengalaman itu adalah guru yang terbaik...setiap jiwa pasti berbeza walaupun sama profesionna...itulah warna-warninya...jika tiada warna maka suram buana ini...semua menjadi linear tanpa tiada kuadratik...

Semoga 2 mingggu akan datang dapat ditempuhi dengan hati yang tenang dan meninggalkan memori yang indah dalam benak kalbu...sesungguhnya pelajar kelas 4 Bestari yang aku ajar subjek Matematik sungguh sporting dan bijak...mereka suka berinteraksi dan berkomunikasi dalam kelas dan membuatkan sesi PnP menjadi meriah...namun sekali sekala aku kene bertindak tegas sedikit supaya tidak melampau batasan normal peraturan sekolah...5 Amanah dan 5 Cekal aku diberi punca kuasa(kata-kata GB aku) mengendalikan kelas PJK....mual-mula tu mereka kekok dengan kaedah yang aku gunakan kerana berbeza dengan kaedah yang diketengahkan oleh guru mereka sebelum ini..namun perlahan-lahan ditarik minatnya dan perhatiannya supaya dapat menarik minat mereka...sekarang ini mereka tidak sabar pula menanti waktu kelas PJK....

*RPH dan ABM jangan diabaikan....
**SELAMAT MAJU JAYA..

IKHLASKAN DIRI UNTUK MENDIDIK ANAK BANGSA MALAYSIA

Sunday, March 20, 2011

papan hitam dan kapur air...

hari esok (untuk Kedah, Terenggani dan Kelantan hari ini) bakal mencoret episod baru buat guru-guru pelatih seluruh Malaysia (IPG je ok) yang berada di semester lima...masing-masing tidak sabar untuk laluinya....


aku doakan rakan-rakan sekalian semoga dapat menempuhi dengan baik dan tenang...
jaga diri dan tingkah laku...
kawalan murid mesti diutamakan...
penyampaian ilmu ikhlas...
mesra dan ringan tulang...:)

selalulah bermohon kepadaNYA jika berada dalam kekusutan atau tidak...
sesungguhnya ALLAH itu bersifat AL-WAHHAB (MAHA PEMBERI)...

nota kaki:
sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain
(riwayat al-Baihaqi)

Thursday, March 17, 2011

mungkin dah tiba masanya...

cuti seminggu bakal berakhir...minggu hadapan bakal bermula episod seorang guru pelatih yang akan bakal diuji kemampuannya di sekolah selama sebulan...deruan darah gemuruh dapat dirasai segenap tubuh yang dilaluinya...hormon dan neuron pun masih tidak stabil...aduhai mungkin sudah tiba masanya..orang lain sudah merasainya..banyak komen dan nasihat yang diluahkan untuk dijadikan pedoman aku di sekolah nanti..maklumlahkan pengalaman pertama masuk kelas secara rasmi dengan memegang Buku Rancangan Mengajar Harian yang merupakan lesen besar untuk mengajar..jika tiada benda tu alamaknya hukuman sivil bakal dijatuhkan....semoga aku da rakan-rakan dapat lalui tempoh ujian itu dengan baik..insyallah

itu cerita hal yang akan datang...seminggu aku bercuti di kampung halaman pada kali ini membawa pengalaman yang baru...kejutan berlaku pada awal cuti setelah menjejak kaki di halaman rumah...ingatkan kejadian apa yang telah menimpa..almaklumlah perjalanan yang jauh dan penat pun tidak tertunai lagi di atas katil...sanak-saudara dari jauh ramai di rumah...ak buat tidak kisah je pada awalnya...mungkin mereka saje2 datang melawat atau berkumpul ramai2...
setelah semua duduk berkumpul ramai2 di ruang tamu, bermulalah episod cerita disebalik tabir tirai mahligai..hehehee...baru ku tahu bahawa adik kedua aku bakal dipinang orang keesokkan harinya iaitu pada hr ahad bersamaan 13-03-2011...fuhhh selamat..ingatkan aku yang dipinangkan..hahhhaaa..bakal menjadi merangkap adik ipar ak tu adalah senior sekolah maahad ak dulu..kiranya tua setahun dari ak tapi tetap menjadi adik ipar..hehhe...terkejut dan tersenyum sendiri apabila mendengar namanya disebut...ada cerita disebalik budak itu dengan ak....biarlah ia menjadi sejarah...
belanja besar jugak untuk majlis kahwin-mengahwin niii...

jika diikutkan giliran sepatutnya abang yang sulung didahulukan namun apakan daya jodoh adik lebih awal..bagi laluan siaran langsung kepada adik-adik dahulu..ada 5 lagi di bawah...hehhee...itu semua tentuan Yang Maha Esa..kita yang merancang,Allah yang memakbulkannya...

semoga ikatan yang terbina terus kekal dan mekar dilandasan yang diredhaiNYA

kepada saudara-saudaraku diluar sana yang sudah mempunyai kemampuan dan orang yang dihajatinya percepatkan urusanmu untuk menyuntingnya melaui jalan yang baik..jika tidak berpuasalah mengikut saranan Rasulullah saw...

~wasalam~


Thursday, March 3, 2011

Pulau Aman di hujung minggu

Pulau Aman merupakan salah sebuah pulau kecil yang terletak dalam peta negeri pulau mutiara...penduduk tidak terlalu ramai yang majoriti bekerja sebagai nelayan..suasana yang nyaman dan kekampungan mengingatkan aku pada kampung halaman..hutan yang masih belum diratah untuk pembangunan..mungkin menjadi hak peliharaan kerajaan untk mengekalkan ekosistem supaya menjadi seimbang...perjalanan ke sana perlu menaiki bot yang memakan masa hanya 10 minit (lebih kurang)..kami terdiri daripada 9 orang guru pelatih PISMP dan 3 orang kakak KPLI mengikuti konvoi kecil ke destinasi Pulau Aman...terdapat sebuah sekolah rendah di sana namun sekolah tersebut tersohor dengan pasukan sepak takraw yang mewaikili sekolah ke pelbagai peringkat..TAHNIAH pelajar dan guru di sana..


berkonvoi beramai-ramai..ingat jagan tiru aksi begini!!!


bergambar kenangan di pintu gerbang sebelum memijak tanah di Pulau Aman

menuruni anak tangga di jeti untuk menaiki bot Pualau Aman

aksi Ridhuan melempar joran..ikan sekor pun xdapat..huhuhu

insyallah dalam perancangan akan adakan lagi aktiviti berkumpulan untuk memenuhi masa dihujung minggu...sekarang minat teralih kepada alam semula jadi pula..sifat ingin meneroka dan ingin tahu alam flora semakin meningkat kerana negara kita kaya dengan alam semula jadi..semakin hari semakin berkurangan rizab hutan kita..banyak haiwan liar keluar dari habitat asal...penerokaan yang tidak terkawal akan membawa musibah kepada kita dan generasi yang akan datang jua (jika diberi kesempatan untuk hidup lama)..oleh itu sayangilah alam sekitar dan hutan kita..PEACE NO WAR!!!


HIDUP DALAM DUNIA SALING LENGKAP-MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN...fahamilah perasaan diri anda dan orang sekeliling....open your eyes and see your surrounding..;)



p/s terima kasih kepada kak fini dan kak wawa yang sudi tangkap gambar kami....



Friday, February 18, 2011

detik 17022011

Assalamualaikum dan salam ukhuwah...

Alhamdulillah akhirnya ak melangkau masuk ke tahun baru untuk menghadapi cabaran yang mendatang tanpa kabarnya dahulu..oleh itu genaplah usia ak 23 tahun dalam kalender masihi dan 24 tahun dalam kalender hijrah menghirup udara dan berdiri memijak bumi Allah yang terbentang luas indah ini...tanpa ku sedar inilah sebuah kehidupan..yang pergi akan pergi..yang datang akan datang...yang membesar terus membesar untuk meneruskan pusingan yang ditetapkan Yang Maha Kuasa...



terima kasih kepada yang mengucapkan ucapan selamat dan ada juga yang sanggup mengeluarkan duit untuk memberi hadiah..akan ku abadikan dalam kamus hidupku..buat ummi uwwei dan sekeluarga sekalung gunung-ganang kulafazkan terima kasih kerana sudi membesarkan putera mu yang sulung daripada 6 adik-beradik yang lain...
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...

hasrat dihati ingin berubah kepada yang lebih baik dan melakukan sesuatu perkara yang diredha olehNya...terlalu banyak kekhilafan yang telah dilakukan selama hidup 23 tahun sebelum ini...ak menyusun sepuluh jari yang masih lengkap di tangan ini memohon ampun dan maaf jika tersinggun kata,perasaan,hati dan nukilan tulisan sama ada secara langsungbatau pun tidak..ak bermohon semoga Allah terus memberi sinar dan petunjuk ke hambanya yang selalu mendambakan diri bermunajat dan memohon pertolongan kepdaNya...


hadiah daripada rakan...;)

kuucapkan terima kasih daun keladi,,lain kali hantar lagi..



**team Chuping Telinga Athelathic FC telah menerima jersey baru..semoga kuat semangat dan berjaya mengutip mata untuk perlwanan akan datang...






Friday, February 11, 2011

dumm dumm dummm...

kebingitan telinga menahan bunyi bunga api dan mercun di negara yang kononya melarang permainan ini..tapi tanpanya kemeriahan sukar dirasai terutamata sekali apabila menjelang hari raya puasa (org melayu)...tapi malam di pulau mutiara kali ini ditemani bunyi dentuman untuk menyambut perayaan hari ke-9 bagi mayarakat cina Hokkiean...bermain la korang semua dengan berhemat..aku sekadar tersenyum berkongsi kegembiraan dengan masyrakat Malaysia yang majmuk ini..

keindahan malam dihiasi percikan bunga api

keindahan alam ciptaan ALLAH yang sementara



kemarahan memang sahabat syaitan yang paling ideal tetapi apakan daya selaku insan yang lemah dengan kekurangan iman..mungkin nafsu yang lebih mengusai akal melangakaui iman ketika itu...orang lain yang menjadi mangsa (bukan target)...OH SABAR!!! KUATKANLAH DALAM DIRI INI..

Saturday, January 22, 2011

MENGISI HUJUNG MINGGU YANG TERLUANG

Hujung minggu merupakan hari yang paling sunyi berada di kolej kediaman..lebih-lebih lagi jika elaun belum masuk lagi..oleh itu bermulalah pencarian aktiviti untuk mengisi masa hujung minggu dengan aktiviti yang boleh di manfaat sebagai seorang bakal guru sebelum assgmntdalam bertimpa...minggu ni masuk mingu yang ketiga..elaun pn masih belum nampak bayangnya lagi..aduhai bertahan la semua pelajar IPG sekalian...

Bermula dengan hiking Bukit Jambul pada hari Sabtu 08012011 iaitu bukit yang paling terdekat dengan institut aku..selalunya kalau sebut nama Bukit Jambul orang akan ingat kat Bukit Jambul Shopping Complex je..ini sedikit memori di sana bersama abang dan kakak KPLI ambilan Jun 2010 beserta rakan sekuliah Irfan, Abdul Rahim dan super senior Haziq Mahmood..



Seminggu selepas itu pada 15012011 menyertai pasukan Ultimate Frisbee IPGKPP dalam Beginner's Ultimate Frisbee Tournament 2010 di Padang Polo bersebelahan dengan Hospital Besar Pulau Pinang dan Penang Medical College (PMC)..permaianan ini masih baru di Malaysia dan kami cukup bertuah menyertainya kerana dapat menimba pengalaman baru untuk permaianan baru jenis ini..boleh dikatakan permaianan ini merangkumi beberapa jenis permaianan dan tidak banyak peraturannya..setiap pasukan hanya 7 orang pemain..ini beberapa rangkuman memori yang dapat dimuatkan...







p/s....aktifkan dirimu selagi ianya masih bertenaga..jangan sia-siakan hidup harian anda dengan perkara sia-sia..pengalaman dalam kehidupan adalah GURU yang terbaikk

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432H

dikesempatan yang ada ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru islam...
seiring dengan maksud hijrah itu sendiri yang membawa makna berpindah atau berubah..oleh itu dengan kesempatan dan ruang yang ada diharapkan kita semua berdoa untuk meninggalkan tahun yang lalu dan menyambut doa tahun yang baru semoga detik yang mendatang membawa syafaat dan taufiqNya untuk mendorong kita semua meniti di atas kebenaran...

usahlah terlalu mendongak tinggi,,yang pasti akan jatuh jua..toleh kebelakang untuk dijadikan tauladan dan pengalaman yang lalu boleh dijadikan landasan untuk memperbaiki perjalanan hidup supaya lebih bermakna dan merasai kenikmatannya..

bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyambut sambutan tahun baru di kampung Pulau Melaka...kampung halaman yang sudah sekian lama tidak ku jengah walaupun telah lama bercuti kerana meluangkan masa cuti terlebih dahulu bersama nenek di kampungnya...

p/s: semoga mendapat kerahmatan dan nikmatnya...
yang baik berubah menjadi lebih baik dan seterusnya menjadi cemerlang...

Saturday, December 4, 2010

mencoret ketika titisan hujan..

assalamualaikum...

syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menjengah ke laman ini...telah lama tidak berpeluang mengisi ruang2 yang kosong kerana kesibukan yang dicipta oleh diri sendiri..itulah kelemahan yang patut ditangani namun Yang Maha Kuasa lebih mengetahui segalanya..

tahun baru akan menjelma tidak lama lagi samada Masihi atau Hijrah..sekejap rasanya mengaharungi masa selama setahun perjalanan hidup kita meminjam nikmat yang maha agung dari Maha Pencipta untuk kita merasai segala nikmatNYA di dunia ini..jika dihitung dan dihisab kembali amalan yang dilakukan sebelum ini rasanya tidak mampu lagi untuk menikmati bauan haruman kasturi syurga namun itulah idaman setiap roh yang masih dimiliki jasad..setelah roh keluar dari jasad maka terputuslah segala amalannya kecuali tidakiga perkara iaitu doa anak yang soleh,ilmu yang disampaikan dan harta yang didermakan...

setiap insan pernah melalui pengalaman perjalanan sebuah kehidupan samada pahit,manis,sedih dan gembira..ianya akan mematangkan seseorang sekiranya dia mengambil ikhtibar setiap kejadian yang menimpa...kita selalu mendengar kata2 hati dalam membuat tindakan padahal mengetahui keburukan dan kebaikan disebaliknya...itulah Nafsu yang menguasai segalanya...kita alpa dan lalai kepada ALLAH...jarang menghadiri kuliah agama, jarang menyentuh dan meratapi Kalamullah dan berzikir kpdNYA...diri sendiri ini masih memerlukan tarbiah dan panduan untuk meniti supaya tidak terpesong di jalan Allah...

setiap titisan air hujan membawa rahmat yang tidak terhingga kepada makhlukNYA...penduduk di negara yang panas selalu mendingak ke langit untuk memohon titisan mutiara ini..kita perlu bersyukur dikurnaikan negara yang mempunyai iklim yang stabil..ramai yang tidak dapat keluar mencari nafkah ketika musim ini namun harus diingat bahawasanya rezeki ALLAH ada di mana2 saja...usaha dan tawakal yang perlu diisi..usah mengeluh dan mungkin masa ini sesuai untuk kita memuhasabah diri yang sebelum ini terlalu sibuk dengan keduniaan...

p/s.....SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H

Wednesday, August 18, 2010

coretan hari ke-7

alhamdulillah dapat juga selesai ibadat puasa untuk hari yang ke 7..
banyak dugaan dan rezeki yang ALLAH swt limpahkan pada hambanya..hanya kesyukuran yang dapat diungkapkan melalui patahan kata serta ibadat yang mampu untuk membalas kenikmatanNYA..

entah mengapa badan ini berasa tidak bermaya terutama bahagian bahu.letih.penat.mungkin kepenatan semasa menjalani 'micro teaching' Pendidikan Jasmani.tu la bermain seperti tidak ingat diri tu puasa.nak buat macamnana diri sediakala bermain.tetapi dalam bulan puasa ni terpaksa tangguh aktiviti bermain di waktu petang..petang tadi rasa nak lena seperti kawan-kawan lain dan mencari bantal dan tilam untuk melepaskannya kepenatan tu.namun tugasan yang diamanahkan membataskannya.berkejaran sana sini padahal kerja tidaklah seteruk mana untuk dibandingkan dengan orang lain.memang masa amat terbatas apabila kita mempunyai komitmen.seolah-olah tidak cukup masa 24 jam sehari.

syukur alhamdulillah segala persiapan untuk program pagi esok selesai jua.esok merupakan pelancaran Bulan Kemerdekaan Kee 53 peringkat IPGKPP 2010.semoga segala perancangan berjalan lancar yang diketuai oleh saudara Zuhasnan.jawatankuasa Tertingi pun sama terlibat petang dalam memantau perjalanan raptai persembahan pelajar.

hari ni berbuka di Surau Alfalah.Jabatan Hal Ehwal Pelajar giliran menyediakan juadah berbuka hari ini.makanan sedap.suasana meriah dan kelam-kabut sedikit pada peringkat awal penyediaan kerana pihak katering menghantar lewat dalam pukul 6.30 petang (boleh dikatakan lewat). mujur ramai yang hadir membantu.jika tidak lewat lah berbuka tadi.tetamu yang hadir melebihi bajet tetapi rezeki Allah ada di mana-mana.semua dapat menikmati walaupun tidak semewah berbuka di rumah sendiri bersama keluarga.terawih di Masjid Negeri yang menjadi tempat kegemaranku.suasana yang aman dan bacaan Imam lunak serta mengusyukkan..

esok kene bangun awal untuk mop lantai gelanggara.hujan renyai tidak henti-henti lagi ni..
harap esok cuaca mengizinkan untuk menjayakan program tersebut....daaaaaaaaaaaaa

Saturday, August 14, 2010

Permulaan bulan Ramadhan

assalamualaikum...

alhamdulillah syukurnya pada ALLAH swt kerana dapat jua aku meluangkan secebis masa untuk mencoret serba sedikit dalam blog yang telah lama ku tinggalkan ini. mungkin kesempatan masa yang membataskan jari-jari ini untuk menaip patah kata. mngkin di lain hari memerlukan perancangan masa yang lebih baik selari dengan perancangan sebuah perjalanan satu kehidupan.

Pejam celik akhirnya kita kembali sekali lagi di bulan Ramadhan yang mempunyai infiniti kenikmatan dan keberkatannya. lantaran itu kesempatan dan peluang yang ada amat sesuai untuk membaiki dan mentarbiahkan diri yang serba kekurangan. amalan kurang tetapi dosa terlalu banyak rasanya menimpa pada diri ini. harapnya Ramadhan kali ini memberi makna yang mendalam dalam mengutuhkan keimanan diri ini.

Rezeki dalam bulan ini amat murah sekali. ke mana saja kaki ada saja rezeki yang terhidang. yang hafiz al-quran dapat mengimani jemaah untuk solat tarawih, peniaga pula dapat menambahkan pendapatan hariannya, pelajar pula dapat meringankan pembelanjaan harian dengan menghadiri majlis berbuka di surau atau di masjid. di pulau pinang ini boleh dikatakan hampir semua masjid dan surau mengadakan majlis berbuka puasa. ramai sungguh dermawan di bumi mutiara ini. tempat yang selalu aku kungjungi adalah di masjid negeri pulau pinang. setiap hari ada majlis berbuka dan bersahur. yang penting adalah morehnya selepas tarawih rakaat yang ke 8. klu ada rezeki dapat la merasa pelbagai jenis kuih-muih. selain itu surau al-falah ditempat aku belajar ada juga mengadakan majlis berbuka seperti kebiasaannya. tapi pada kali ini meriah sedikit dengan bertambahnya bilangan pelajarnya sehingga pihak pengurusan menempah khemah. yang akhwat berbuka di atas manakala ikhwan di bawah khemah. makanan pula dimasak sendiri oleh warga IPGKPP sendiri. sama-sama bergotong-royong mengupas bawang,mengoreng,membasuh dan menyiapkan tempat berbuka. aku menjegak selepas waktu asar kebiasaanya. maklumlah balik kelas terus cari tilam..:)

pengalaman bertarawih ada manisnya juga. hari pertama hingga ke-3 di masjid negeri. hari yang ketiga pengalaman yang tidak dapat dilupakan. balik dalam keadaan hujan lebat. sakit muka ni menahan titisan besar air hujan. dah la tidak pakai topi keledar. hanya pakai kopiah dan serban ja. teringat masa kecil bermain hujan tetapi kali ini main hujan di waktu malam. kalau ummi aku ada masa ni mesti membebel atau 'mengepek' sampai penuh empat bakul. hari ke-4 di surau al-gajus sebab hujan lebat beserta kilat dan petir. tak dapat kuar ke mana-mana.

blok gajus jadi sunyi sepi hujung minggu ini. ramai yang balik berpuasa di kampung bersama keluarga. tinggal beberapa kerat je asal jauh. jauh sangat ke kelantan tu.huhu. aku tidak balik sebab ingin menyiapkan tugasan yang berlambak-lambak aku tidak selesaikan lagi. asyik ketinggalan dalam kelas. insyallah kalau tiada aral melintang aku akan balik dengan DBJ pada 4 hb 9 dimana kami semua mula bercuti. dpat juga berpuasa di rumah. kali ini IPGKPP membenarkan permohonan cuti dilanjutkan sampai 19 hb 9.. 2 minggu aku bercuti di rumah.

p/s: Selamat Menyambut Ramadhan Dan Berpuasa kepada semua yang berada luar atau dalam negara..semoga dapat menempuhi ujian ramadhan kali ini dengan tabah dan redha..:)



Bunga rasmi MALAYSIA
sempena sambutan hari KEMERDEKAAN KE-53

Saturday, February 13, 2010

februari 2010...

x lama lg akn melangkah ke alaf baru dlm hdup ak..
adoi la la dh 2 dekat lbh ak hdup dlm dunia ni..
bnyk yg kene baiki n tambah dlm mnuju ke alam lain yg kekal bersama..

p/s: selamat bercuti n selamat tahun baru cina
yg bru terbang tu pandai2 jaga diri n iman..

Monday, December 28, 2009

jendela hati dengan tirainya..

Salam Tahun Baru
semoga tahun 1431H dan 2010 membawa seribu makna dan hikmat dalam hidup ini..

perjalanan yg berliku masih panjang untuk diharungi oleh setiap insan yg masih mampu menghirup udara dalam dunia ini. yg pergi meninggalkan kita tu biarlah mrk dgn alam baru mrk. yg masih hidup perlu meneruskan perjuangan hidup sebagai khalifah di atas muka bumi ALLAH ni. hny doa yg dapat mengiringi mrk. semoga dicucuri rahmat roh2 mrk. aminn..

kesempatan yg dilalui semasa menghabiskan masa cuti sem membawa bnyk makna yg mewarnai hdup ini. bnyk pristiwa n kenangan yg ditempuhi dgn prsaan suka duka tawa riang. yg jauh didekatkan dan yg dekat dirapatkan. silaturrahim yg trjalin prlu diperkemaskan untuk mengutuhkan semula ikatan yg telah terjalin. kadangkala kenangan dan peristiwa yg trjadi selama menempuhi dugaan hdup ni membuatkanya sering terfikir disebalik sesuatu yg terjadi. mungkin ada hikmat dan nikmat disebaliknya yg tak pasti ketahuannya.

jendela baru yg baru sahaja membuka tirainya akan menyaksikan sinar mentari yg akan menyinari ruang2 yg terbentang luas. sinar2 inilah yg membantu si buta dan si bisu untuk berjalan di jalan yg berlopak, berlubang dan bengkang bengkok. tangan yg di atas memimpin tangan untuk melancarkan perjalanan walaupun tangan yg di bawah enggan menghulurkannya.

untuk peringatan buat kalian yg membuka lembaran baru untuk hati dan iman yg cekal hadapi dugaan yg melanda.

"barang siapa yg hafal tujuh khalimat,ia terpandang mulia di sisi ALLAH dan MALAIKAT serta diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak busa(buih laut)"

mengucap BISMILLAH pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

mengucap ALHAMDULILLAH pada setiap selesai melakukan sesuatu

mengucap ASTAGFIRULLAH jika lidah terucap perkataan yg tidak patut

mengucap INSYA ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu di hari kelak

mengucapkan LA HAULA WALA KUWAATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu yg tak disukai dan tak diingini

mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima mushibah

mengucap LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULLAH sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


Thursday, December 10, 2009

sekali sekalo nk cuit hati....

Assalamualaikum pembuka kata,
dengan nama ALLAH pelangkap bicara,
dengarlah ini sebuah seloka,
seloka MTED 2'09 daripada saya.

17 orang ahli keluarga ni,
semuanya mari dari pelusuk negeri,
hanya satu harapan kami,
ingin menjadi Guru yang disegani.

Mat Salleh nama diberi,
orangnya manis tapi segak sekali,
nampak je diam tapi berisi,
kene sekali tak mau lagi.

Ketua kami punyalah tinggi,
Muhammad Ikmal empunya diri,
bab melodi memang menjadi,
apatah lagi bilo saing2 join sekali.

Nampak garang tapi baik hati,
itu pun selepas dipujuk berkali-kali,
suka bercerita wajah ayu berseri-seri,
itulah Idayu assistant kami.

Datang ke maktad bersama VIVA digemari,
pegang pulak jawatan bendahari,
selalu ke kelas awal sekali,
itulah dia Murni Hayati.

Dua-dua hensem boleh la tahan,
tidur tak lena makan pun tak boleh telan,
masing-masing duk layan awek berjauhan,
Izzat dan Ridwan yang ditujukan.

Orangnye peramah galak sekali,
happy good lucky itulah resepi,
kalau bercerita kalah Perdana Menteri,
Farhana dan Aini kawan kami.

Datang bersama pulang pun bersama,
memang dah sah di alam fana CINTA,
sorang di TIMUR dan sorang di UTARA,
peluang yang ada dimanfaat bersama.

Tiga sahabat seperti DO RE MI,
sama rendah sama tinggi,
Halis Zaki Shazrin nama diberi,
masa belajar tekun sekali,
lacturer tanya buat tak reti.

Serius orangnye suka mengira,
subjek Mathematik menjadi pilihan,
'study' sokmo tak kiro masa,
Ahmad Rasfirizam punye gerangan.

Wan Shuhaina empunya nama,
berasal pula dari puncak UTARA,
pipinye tembam tapi dah berpunya,
kalau nak tahu kenelah tanya dia.

Datang ke kelas tersenyum simpul,
menjual DODOL buatan sendiri,
rasa manis lemak bercampaur gaul,
ingin mengekal warisan Melayu asli,

Kecil-kecil cili padi,
kita singgah di meja Akmal,
semua subjek amat digemari,
muka menyinga bila tak dapat sattel hal.

Nik Aiman nama diberi,
nok kata smart takut bangga diri,
kecek ko ore berapi-api,
diri sendiri supo tu lagi.

Kalau ada hati yang terasa,
jangan mengutuk dan mengata,
saya hanya insan biasa,
salah dan silap ampun dipinta.

Wednesday, November 25, 2009

sekian lama x menjengah...

assalamualaikum semua...
Salam Aidiladha buat muslimin dan muslimat x kira d manaa anda berada...

pngorbanan amt dperlukan dlm hidup stiap manusia..x kiralah besar ke kecik asalkn ianya datang dr keikhlasan sebuah hati..pngorbanan brjalan seiring dgn kesabaran krn kesabaran yg membatas hati dan nafsu untuk brtindak sama ada melakukan tindakan baik atau pn jahat..klu seseorang itu x dpt menahan atau mengawalnya pasti akn dihimpit dgn prsaan kecewa dan tekanan..
keimanan dan ketaqwaan yg prlu kuat untuk menguatkan dri supya tidak jatuh n tumbang..

tahun ini bnyk prkara n insiden yg mnimpa..ad yg manis n ad yg pahit..smua ptut d telan brsama untuk djdikan pglaman sbg bekalan untuk detik hadapan yg pnuh onak duri..mulut blh brkata2..mata hny memndang apa yg terpapar di depan mata..kaki melangkah langkah demi langkah ke tmpat yg d tuju..akal trus giat mnjana untuk brfikir..

**apa yg trjadi sama ada sengaja ataupn tidak aku mahu memohon keampunan atas kekhilafan yg tlh dilakukan sempena Hari Raya Aidiladha ini..semoga hari yg mendatang membawa satu nur yg merahmati kite semua..
**ku pohon semoga kita d panyungi drpd segala kemurkaran dan dilindungi keselamatan tidak di mana kita berada..

Saturday, October 17, 2009

malasnyoo nk update blog..

salam di hulur pembuka bicara..

aduhai sudah lama x menjeguk blog ni..sbuk sgt kot (pdhal duk wat keje lain)..
bnyk prkara yg brlaku sejak kebelakangan ini..sibuk dgn BIG (bina insan guru) terbina kot insaniah kitorg, pameran mathematics la n pe2 la..malas dh nk tulis..
minggu ni blh dikatakan hmpir 98% guru pelatih balik kg..bknye nk sambut depavali pun tp ambk kesempatan BERSAMA KELUARGA..sunyi jgk la blok kediaman ni..tp ak yg trgolong dlm 2% ni x la rse sunyi sgt..hr2 mrempit n jlan2..g gurney la, pusing satu pulau pinang, meronda malam d bndar smbil makan pasembur d gurney..huhuuhu
masih ad 2 hr lg cuti berbaki..xahu lg nk plan g mana..plan lama2 besenye x jd..kne plan scra mngejut bru jd..huhuhhu

*selamat menyambut hari depavali kpd yg mnganuti ajaran Hindu..
**bulan dpan dh nk exam weeeiiiiii

Sunday, September 20, 2009

kemaafan dipinta..

salam lebaran buat semua umat islam yang mukmin..
di sini ak ingin mengambil kesempatan diruang yang ada untuk memohon keampunan dan kemaafan atas kesalahan dan dosa yang telah ak lakukan secara segaja atau tidak segaja terutama sekali kepada kedua orang ibu bapa ak, adik-beradik,kawan2 dan masyrakat yang mungkin mengenali diri ini...
hari ini ak bangun awal pagi lg tapi terlena balik..huhuhu..masjid kampung ak hidup sepanjang malam raya dengan laungan takbir raya yang bermula selepas solat insyak sehinggalah solat sunat hari raya..ini menandakan kite bergembira dan bersyukur kepada ALLAH swt atas kemenangan kite bertarung dengan nafsu di bulan Ramadhan..
bersiap dengan membersihkan diri dengan air perigi yg sejuk hingga menggigilkan tulang daku dan memakai pakaian baru yang disunatkan oleh ugama..baju melayu hasil rekaan ak sendrir ak tempah daripada mak saudara ak yang tinggal tidak berapa jauh dari rumah ak..die sememangnya sibuk di waktu perayaan begini..penuh rumahnya dengan tempahan baju raya..pening mata ak memandangnya..huhuhu
selepas semua siap dan menyantap sedikit juadah untuk alas perut,kami semua bersalaman dan bermaafan..alhamdulillah masih dapat duit raya lagi tahun ni..huhuhuu..semua berangkat ke masjid pulau melaka dengan kereta dan ak menaiki motor bersama alif dan syahmi..
solat bermula tepat jam 8.30 am dan didahulukan dengan penerangan ringkas solat sunat raya yang disampaikan oleh tok guru nik abdul aziz..selepas selesai solat,beliau menyampaikan 2 khutbah iaitu berkisar sejarah hari raya dan isu semasa yang berlaku di kelantan dan malaysia.
banyak pandangan dan luahan isi hatinya..ada jemaah yang mengalirkan air mata dan ada yang tersenyum sinis..itulah ragam manusia..ada yang berada di atas hari ini dan ada yang berada di bawah..hidup tidak sentiasa senang dan aman dari masalah...
apa2 kite bukalah minda dan pandangan kita supaya lebih luas dan jangan terlalu kolot dengan sesuatu yang bukan tidak nyata pada hukum hakamnya..